Nuffnang Ads

Wednesday, February 9, 2011

Puan pun bole bah

Setelah sekian lama blog ini sepi kerana saya seolah olah kurang berminat utk menulis tentang kehidupan ini kerana kini sudah berteman hidup ..chewah ..da jadik cik puan kan ..( eh eh perlu ker mention cik kat depan ) . Kononya nak post mcm-mcm yg lebih kepada bercorak persiapan perkahwinan tetapi ternyata semuanya hanya angan palsu.Memang saya hanya bersemangat utk seketika.


Well ( ceh nak well well gitu ) semenjak dua menjak bergelar sang isteri.Hidup saya ternyata berubah.Berubah banyak dari segi masa dan keadaan saya.Saya rasa ,saya makin terurus menguruskan kehidupan sebabnya saya tidak lagi boleh menangguhkan sesuatu perkara kerana masa yang saya ada begitu terhad.


Bukan sukar menjadi isteri dan bukan mudah juga utk menguruskan rumahtangga.Memandangkan saya tidak mempunyai beradik (adik beradik la ..) jadi saya dan suami tinggal di rumah mak .Bukan memudahkan utk saya tetapi atas permintaan abah yg disayangi.Dia takut sgt kehilangan anak perempuan dia yang sorang ni ..memang saya akui saya manja.Keputusan utk berkahwin dulu pun dibuat dgn penuh banyak pertanyaan ..tetapi skang tak lagi saya yakin dan bersedia utk menempuh onak ranjau cabang liku dan kebahagiaan alam perkahwinan.Memang indah jika sentiasa berbahagia tanpa dugaan tapi xda dugaan mcm tak mencabar la kan..camtu jer ko nyer rumahtangga.Ceh nak bercerita mcm la dah kawin bertahun -tahun ..hehe apapun alhamdulillah kini hampir 3 bulan saya berkahwin  ( isi tiada lagi k ..semalam cek ,,hampa sungguh heheh ).


Masa utk membuat persiapan sgtlah lama.Macam-macam yang saya lalui sepanjang nak buat persiapan tu.Adakala tak tercapai dek kewanganmu..apapun saya amat berterima kasih buat abah dan mama yang banyak mengeluarkan belanja utk hal kenduri saya.Abah mahukan yang terbaik utk saya dan saya rasa bahagia di hari yang paling bermakna..belanja yg abah keluarkan sgt besar ..dari canopi dewan dan rumah,dewan,makan tetamu rumah dan dewan,pelamin dewan dan rumah,barang-barang lain yang tak nampak..etc etc
Tq very much abah ..


Begitu juga mama .. tenaga mama,duit mama utk tambahan brg2 keperluan,godies tambahan..dan apa yang saya ralat sekali adalah make up artis yang cancelkan utk make up mama pada hari persandingan saya.Of coz la mama kene bersiap cantik kerana dia ibu pengantin tapi cancel last minute so mama kene make up sendiri.Sangat kesian akan mama but she still look beautiful kerana dia sememangnya cantik.I want her to be happy on my big day ..Tq so much mama ...tq very much walaupun berlaku sedikit sengketa antara kita masa hari buat persiapan.Biasalah tuh anak dan mak bergaduh bende-bende yang kecil..


I will never forget,betapa hepinya abah dan mama pada masa malam nikah .. dan saya tahu yg amat sgt betapa sedih dan pilunya utk mereka meyerahkan anak tunggal ini kepada seorang lelaki yang bernama suami.Tapi inilah hidup dan perjalanan yg kita perlu tempuhi ..jodoh saya awal di usia 24 tahun ..syukur mama dan abah merestui kasih yang terbina antara saya dan dia dengan ikatan yang suci ini..Saat yg tidak dpt dirakam dgn gambar dan xdpt diulas dgn kata-kata sewaktu abah menyerahkan saya utk berkahwin...kami berdua berpelukan menangis.Hati saya sgt2 tersentuh ketika abah kata benarkan saya kawin dlm keadaan yg begitu teresak-esak..ketika itu saya teringat bagaimana abah menangis solat hajat saya nak amik PMR dan ketika abah menangis teresak-esak menyesal atas perbuatannya menduakan mama dulu ..Saat itu sgt2 tidak dapat saya lupakan. 


Mama dan abah ..saya sgt cintakan kamu berdua ..dunia akhirat tiada gantinya ..tiada dua tiada tiga.


Tidak akan saya lupakan buat kekasih hati yang saya cintai ...suami tercinta ...yg banyak berkorban segala galanya utk melihat saya mendapat apa yang saya impikan utk dlm wedding kami.Syg banyak bertolak ansur dan akur dengan apa yg saya nak dan apa yg saya perlukan.Semestinya dari duit hantaran yang dia bagi itu saya gunakan utk perbelanjaan macam-macam.Banyak juga dia tambah -tambah.Saya sedih sebenarnya .. saya faham keadaan dia yang cukup memerlukan banyak wang utk hal lain tetapi dia utamakan saya dalam setiap hal.Kepentingan saya didahulukan ..Apa yang dia mahu adalah untuk melihat saya bahagia dan mendapat apa yang saya mahukan walaupun dia pernah berkata ''Maafkan i syg ..i tak dapat nak bagi u banyak utk u dptkan impian perkahwinan u.Ini jer yang i mampu ..Pakai la utk u beli apa-apa utk hari kawin kita nanti,.I nak u happy kawin dengan i '' Dengan sekali lafaz ..saya sah menjadi milik dia ..tak kan i lupa sampai bila -bila ..tak kan i lupa tangisan u ..takkan i lupa bagaimana wajah-wajah kedua belah keluarga .. menangis dan gembira.


Syg .. i cintai u hingga akhir hayat .. pertama dan akhirnya ..


sebab dah sedih sgt so kita tgk gambar kawin la  eh ..bagi hepi balik okey



                ni masa malam berinai sejurus lepas akad nikah

  
               ni masa lepas majlis sanding kat dewan raub


                yang ni masa kat kajang majlis bertandang .jawa gitu

No comments:

Post a Comment