Nuffnang Ads

Monday, December 21, 2015

Kaulah segalanya

3 Dis 2011 lahirlah seorang puteri yang sungguh comel pada jam 1.35 pagi.Setelah bertarung sakit dari jam 5 petang.Beratnya 4.14 kg.Big baby..mukanya sgt gemuk ( seperti kata Dr.Chai ) doktor yg menjaga mama dari awal kandungan.Betapa mama tidak sabar melihatmu wahai anak.Sungguh ku cinta kamu ketika kamu bermula dalam rahimku..

Ketika kamu dalam kandungan,mama begitu aktif,bekerja hingga tidak tentu mama,kejar assigmnt,shooting sana sini.Ingat satu saat,memandu dikala jam 4 pagi dari Kuala Lumpur ke Port Dickson berseorangan utk bertugas membuat liputan Dato Najib di Kem Tentera,ketika itu kau sudah menjakau usia 6 bulan dlm kandungan.Hujan lebat lepas buat liputan,Mama harung air banjir separas lutut sebab berlaku banjr kilat masa tu.Dengan mengandung dan penat.Mama gagah semula pulang ke KL dlm keadaan mengantuk yg amat sgt setelah kesejukan mengharung banjir.Hampir saja terbabas namun mama harus kuat.Kamu ada dlm perut mama,kamu bersama mama.Jadi mama tidak takut.

Hari ini,Mama tidak boleh merungut kenapa kamu kuat menangis dan sgt sensitif.Kerana semakin mama sarat,mama perlu byk setlekan kerja sebelum bercuti panjang dan mama agak stres.Hari;hari sampai. rumah lewat mengadap kesesakkan jalan dan malam pula bersendirian di rumah kerana ketika itu papa baru memulakan perniagaan restorannya.Mama sering menangis.Mama stres,Mama sering sedih.Hingga suatu hari berlaku perkara yg melukakan,Walaupun mama sudah melupakan dan memaafkan namun parut itu masih tinggal.Kasihan kamu wahai anak,.akibat itu kamu lahir menjadi seorang yg sensitif dan kuat menangis.Namun Allah itu Maha Adil,meskipun kuat menangis,kamu seoarang anak yg begitu bijak,cantik dan sungguh mempesona.Bijak bertutur kata.Adakala tidak menampakkan usia kamu yg baru mencecah 4 tahun itu.

Allah beri ujian pada mama,ketika dalam pantang,papa kemalangan namun mama sgt bersyukur kerana papa terselamat meskipun kereta merempuh penghadang jalan dan remuk teruk.Mama berpantang di rumah dan papa pula dihospital.Ketika itu kamu berusia seminggu.Betapa sukarnya keadaan,mama tidak dpt berjumpa papa.Dan tangan papa patah,kamu didukung papa dgn tangan bersimen.Mama tidak dpt gambarkan keadaan ketika berpantang tanpa papa di sisi.Mama ada kamu,ada atuk dan granny.Mama kuat demi kamu,mama tabah demi mu anak.


Sesungguhnya wahai anak ku,Anna Addina binti Syahrul Azlan Shah,mama sgt mencintaimu,dari mama tahu kamu ada hingga saat mama hilang di dunia..cinta,kasih,syg mama tiada terbilang byknya.Kamulah harta,kamulah nyawa.Allah menguji mama lagi,ketika usia kamu 6 bulan,kamu dimasukkan ke hospital kerana batuk yg teruk dan paru-paru kamu ada kuman.Betapa mama takut ,betapa mama risau.Menangis dan berdoa akan keselamatanmu.Kamu sungguh lemah ketika itu.Susut badanmu,meronta tidak mahu diberi ubat,disuntik dan yg plg merobek hati mama ketika kahak kamu disedut.Sedihnya hati mama.Maafkan mama syg tidak menjagamu dgn baik sehingga kamu mendapat sakit.

Hati mama dirobek ketika kamu merasakan mama tidak sygkan kamu lagi.Mama melahirkan adik,dan kamu perlu bermalam dgn granny,sesungguhnya mama amat risau dan sedih sbb mama tidak pernah tidur mlm tnpa kamu.tidak pernah sepanjang kamu lahir ke dunia.Tuhan aja yang tahu betapa sedihnya,betapa mama merinduimu.

Bila melihat kamu dtg melawat dihospital,mama memeluk erat begitu rindu dan kamu menangis nampak mama dgn adik.Ur so happy to see ur litle sister.Sebb mama selalu bgtau pasal adik pada baby kan.Cuma...mama dpt rasa baby makin rapat dgn granny sejak ada adk.Mama tidak kisah cuma Baby rasa mama dah tak beri perhatian pada baby.Baby selalu ikut granny,taknak balik rumah.taknak tidur dgn mama seolah olah memberontak.

Mama menangis semahu mahunya sewaktu granny nak bawa bby balik rumah dia.masa tu mama dlm pantang,papa jaga.Baby menangis taknak duduk dgn mama.Sebb bby ckp mama dah taknak bawa baby playgorund,jalan;jalan.Mama sgt sgt sgt sedih.Mama meraung macam org hilang anak.Oh Anna Addina,bkn mama tidak sygkan kamu,tetapi mama sakit sbb luka pembedahan yg agak besar.Granny mahu mama berehat dan tumupkan perhatian buat adik yg baru lahir itu.

Bila mama dah baik hampr 3 minggu,demi kamu,mama turun bawa kamu ke playground,bawa berjalan.Demi kamu anak...mama taknak baby rasa mama tak sayang,mama taknak baby rasa perhatian kurang walau sedikit.Tiada beza , tiada kurang,malah lebih perhatian mama dan papa berikan kepada Baby.Papa masa tu ambil hati baby,papa main,papa mandikan,papa suap makan,baby jln dgn papa..mama tgk baby happy sgt malah baby bertambah manja.

Dan kini,3 Dis 2015,Genap usiamu 4 tahun wahai anakku,tiada lain yg mama harapkan,mama dan papa sentiasa mendoakan yg terbaik buatmu.Semoga Anna Addina sentiasa sihat,bijak pandai,panjang usia,dimurahkan rezeki,menjadi anak yang solehah,Mama sentiasa doakan baby bahagia dan berjaya dunia & akhirat.

Happy Birthday sygku Anna Addina,harta dan nyawaku...
Mama cinta kasih rindu kamu sentiasa dan selamanya....









No comments:

Post a Comment