Nuffnang Ads

Wednesday, October 10, 2012

Bukan saja power tapi free lagi..jimat wehh..

Susu ibu adalah susu yang terbaik.Tiada susu yang dapat tandingi susu ibu.Bila baca entri Hannah Johary pasal dia sanggup buat apa saja untuk memberikan susu badan kepada anaknya sedangkan dia sudah tidak punya susu yang banyak namun dia cekal,dia tabah dia berusaha dan dia tekad untuk berikan anak dia susu ibu tidak kira apa berlaku.

Teringat kisah sewaktu saya melahirkan Anna Addina.Due sudah lebih 3hari masih taknak keluar dari perut sebab syok sangat mamanya asyik makan.Disebabkan,saya sangat kuat makan dan tidak pernah lupa untuk mengambil segala vitamin yang doc berikan,maka lahirlah baby saya yang seberat 4.14kg secara caesaran.Begitu bulat dan semangat macam baby dah 3 bulan masa dia dilahirkan.Syukur alhamdulillah.Sihat segala tubuh badan.Ramai yang sangkakan saya menghidap diabetis/kencing manis kerana ,ramai wanita yang melahirkan bayi beratnya lebih 4 kg adalah dikalangan penghidap penyakit ini namun tidak bagi saya.Sememangnya saya mmg kuat makan sewaktu mengandung.Cuma di awal kehamilan,masa mabuk mabuk tu adalah sikit naik darah tinggi.Itupun sekejap jer.

Berbalik kepada cerita bf ni,setelah melahirkan baby,doc suruh beri susu badan.Sayangnya,menitik air mata saya sebab tidak ada sedikit pun air susu yang mengalir.Susu tak bengkak,takda tanda  kehadiran air susu.Mendengar baby saya menangis lapar menjadikan saya semakin sedih dan kabut.Lebih-lebih lagi dipaksa nurse untuk terus biarkan bayi menghisap hingga keluar susu.Dalam perasaan yang sgt teruja,sangat happy yang amat sangat melihat baby Anna tapi bercampur dengan perasaan sedih sebab tak dapat berikan dia susu sedangkan dia lapar sgt.Stress pun ada sebab nurse paksa jugak wahal baby dah menangis sakan.Sebaknyer rasa.Akhirnya,nurse beri baby susu formula yang ada di hospital menggunakan camca.Kesian sgt tgk baby minum susu sebab lapar,terus dia pun jadi pandai 'menghirup' susu.Disebabkan anak saya lahirnya besar so dia akan hypo apabila tidak cukup makan,kira susu yg nurse bg sikit sebab nak suruh gak bagi susu badan so baby jadi hypo.Bila hypo nurse akan dtg amik darah kat tapak kaki tiap kali.Ya Allah,naluri saya sebagai ibu melihat anak yg kecil itu tiap kali dicucuk nak amik darah sedih tak terkata.Robek hatiku..Saya tak putus asa,menangis peluk baby dan biar dia terus hisap utk keluar susu.Esoknya my mum bawak pil untuk bagi datang susu.So makan pil itu tiap 2 kali sehari.

Lepas dua hari saya keluar hospital dan balik rumah,susu masih takda.Bayangkan,baby menangis lapar.Mak saya pun dah bising ''keturunan kita jenis banyak susu..apasal la awk ni takda susu..pelik sungguh'' bila mak dah kata macam tu,lagi la saya bertambah syahdu,melihat baby yang tembam ni nanti kurus pulak kan..mama dia takda susu.Nanti hypo lagi.Kesian sunggguh.Hari ke3,saya rasa susu macam dah bengkak,dah mula rasa sakit,mungkin ini tindak balas dari pil yg saya makan.Nak tak nak,baby saya sudah diberikan formula milk,guna botol.Satu botol penuh abis dia minum..mmg sangat lapar anak mama.Sampai saya ckp pada diri sendiri''tetek jer besar..apa pun tarak''..Yang jadikan susu saya bengkak tu bukan sahaja dari pil yg dimakan tapi jugak,mak saya sediakan air mandi herba yang panas-panas,Air 'serung' orang tua-tua cakap.Sambil mandi saya urut dada untuk lancarkan aliran mana yang patut.tersumbat ker..Lepas mandi minta husband tolong urutkan belakang dan juga dada.Dalam pada itu,saya tidak henti-henti berdoa kepada Allah,agar berikan rezeki untuk anak saya merasa air susu dari badan ini.

Hari ke-4,awal pagi sewaktu saya sedang dukung makhluk tuhan yang comel itu,saya rasa macam ada titisan yang mengalir di badan..bila saya tengok ada air susu mengalir,saya kejutkan baby terus paksa dia hisap.Syukur sgt-sgt,Allah dengar doa saya.Baby Anna terus menyusu dengan laju dan syoknyer sebab mama dia dah ada susu.Apa lagi dia tidur nenen tidur nenen la.Dalam pantang,mak saya bagi saya makan yang banyak datangkan susu.Orang kata jangan makan yang berasakan kacang sebab angin.Tapi kacanglah yang datangkan banyak susu.So mak saya buat sayur yang kacang-kacang,saya makan kering-kering tapi saya taklah berpantang macam orang yang berpantang sgt.Cuma saya tidak ambil makanan yang bisa atau gatal untuk luka.Itu jer,Saya minum jeli gamat untuk sembuhkan luka dalaman dan jahitan.Lagipun,moden skang,luka bukan jahit ada benang-benang lagi.skang jenis gam jer..

Dalam masa berpantang nak habis,saya pun bersemangat la nak pam susu untuk bekalan pergi kerja nanti.Tapi menghampakan,bila pam jer susu tak dapat banyak.Ikut botol yg kecil tu adalah suku jer dapat..So saya tak dapat langsung nak buat simpanan.Baby pun asyik gantung jer.Mak saya kata,lau dah takda susu nak kerja nanti bagi jer susu formula senang.Saya pun jenis yang tak kuat semangat jadi saya pun beli la susu formula untuk diberi kepada baby..sebab saya sangkakan susu dah tak ada.Tapi baby saya pandai dia taknak langsung susu formula selepas dah dapat susu original.Puas bagi mmg dia taknak,dia muntahkan semula dan dia mmg taknak guna puting botol langsung dah pulak.Masa susu mama takda dulu,boleh jer baby minum kan..skang dah pandai demand..hehe

Lepas abis pantang,saya sempat bekerja beberapa hari sahaja ,itupun siap bawak baby pergi opis hari ke-2 kerja sebab baby nak nenen.Akhirnya saya amik keputusan untuk sambung bercuti tanpa gaji selama sebulan untuk biasakan anak saya dengan botol. Dalam pada tu,saya beli pil asi untuk tambah susu ( my auntie sugest beli pil asi  kalau tak..tak tahu langsung pasal pil ni ).Seriusly,pil ni mmg membantu untuk menghasilkan banyak susu..Dengan adanya susu yg banyak,baby Anna pun semakin suka la utk bergantungan dgn mama dia.Tak leh berenggang langsung..hingga kini dia telah berusia 10 bulan dan saya akhirnya tidak langsung bekerja kerana anak kecil ini tidak mahu langsung botol.Susu perahan yg saya buat stok byk dlm peti hanya dijadikan hiasan peti sahaja.Berpuluh puting telah ditukar,try bagi dlm cawan dan sudukan pun dia taknak.Semestinya pilihan Anna hanya yg original..Dia baby yg sgt pintar..Inilah pengorbanan mama syg..i will do everthing for u.Mama duduk rumah jaga Anna.Anna dpt nenen sepuas puasnya sesuka hati.Kita bangun tidur lewat ..golek-golek atas katil..Anna pun syok dpt gantungggg jer..dan my husband pun reda dgn kerenah anak kecil yang sgt comel ini..''Takpelah mama..besarkan dulu anak..at least biarlah Anna dibesarkan oleh tangan mama sendiri.Ini yang terbaik.Ada rezeki nanti ..Anak dah besar nanti mama kerja la semula sebab papa faham mama mmg sygkan kerjaya mama tapi kali ni mama buat demi anak'' Rasa sebak gler..itulah suami tercinta saya. Hingga kini, saya tidak pernah berdiet.Memang saya kuat makan dan alasan anak nak menyusu lagilah menjadikan saya semakin kuat makan ( ni alasan semata mata okey )..sebab saya mmg suka mkn.Kali ini juga mama berkorban syg..demi mu wahai anak..biarlah org tegur mama tak kurus pun lepas pantang..asalkan susu mama sentiasa banyak untuk Anna.Mama takkan biarkan anak mama lapar..dan sekali lagi wahai suami kerana memahami..Saya stress pasal ada yang tegur pasal berat badan dan saya nekad nak berdiet tapi my husband said '' Kalau anak dah besar nanti,u nak berdiet..dietlah..skang ni fikir pasal anak.Biarlah apa orang nak kata..bukan orang tu yang bagi u makan.Janji u sihat dan anak sihat.Itu sudah cukup buat i bahagia''..Kini..tidak lai menggunakan kuasa magic pil asi,sebab susu saya semakin hari semakin banyak dan melimpah ruah ( ceh over! )..Alhamdulillah..rezeki Anna Addina.

So..inilah kuasa susu ibu..anak saya terlalu rapat dengan saya kerana susu ibu. Saya juga manja dan rapat sgt dengan mak saya..kerana susu ibu..begitu juga suami saya yang rapat dengan ibunya kerana susu ibu.Saya menyusu badan sehingga berusia 3 tahun..begitu juga suami saya..dan baby Anna?? hurmm mama rasa Anna pun sama mcm mama dan papa.Sesungguhnya susu ibu mmg power..Baby rapat dengan ibu,badan dan tulang baby jadi kuat juga antibodi yang baik.Yang pentinggg..mmg jimat..susu ibu kan free..Tq Allah.


No comments:

Post a Comment