Nuffnang Ads

Monday, May 2, 2011

Dia Mamaku ..

Dua malam balik ke Raub berjumpa mama dan abah,membuatkan hatiku rasa riang ria sekali.Dahla makan banyak.Sewaktu nak balik ke KL malam semalam,rasa sedih nak tinggalkan mama di Raub berseorangan sebab abah akan nak ke Kemboja pulak.


Lagi seminggu nak hari Ibu, so i plan nak beli sesuatu yang mama suka sgt.It is sumthing yang kecil but berharga.Sejak i pregnant ni,i rasa sgt menghargai my mum.My mama,yg adakala i memanggilnya mummy @ mama.Suka hatilah kan..she's my mother what.hehe:p Walaupun my mum ni jenis kuat marah ada masanya,membebel,adakala mmg kita rasa nak marah jer dgn dia..tetapi syg dan cinta yang ada utk insan ini tidak pernah berbelah bahagi.Dia yang berikan i nyawa utk meneruskan kehidupan.


Dalam kebahagiaan yang dia pamerkan,dlm kegembiraan yang dia berikan itu,i masih dpt merasai luka yang masih belum pulih dlm hatinya angkara kisah duka yang berlaku.Ah !! persetan ..tidak mahu utk diingati lagi peristiwa pahit berdarah itu.Bisa buatkan luka lama berdarah kembali.


Mama@ mummy yang tidak pernah berkira dgn anaknya.Utk berkongsi cerita gembira,luka,lucu dan apa sahaja.Dialah kawan,dialah teman.Dia mama yang sporting,dia mama yang paling cantik dan dia mama terbaik.Sungguhpun i kini mempunyai teman hidup,namun mama masih menjadi keutamaan.Tidak lengkap hidup seharian kalau tidak bercakap telefon dgn dia lebih-lebih lagi dia duduk di kampung sekarang ini.


Kasihan mama,dia mengizinkan i berkawin awal,katanya kalau i bahagia,dia sepuluh sejuta kali lebih bahagia.Kebahagiaan i .. adalah kebahagiaan dia.I tahu sejak i berkahwin ,mama sunyi .. sebab tiada lagi peneman tido malam bila abah takda..hari cuti kadang kala i perlu bahagi masa utk pulang ke rumah mentua.Adakala terpaksa membiarkan dia berjalan shopin seorang diri.Sungguh masa yang ada dengan mama sgt dirindui.Nasib i sgt bertuah mempunyai suami yg sgt memahami..dia sering membenarkan i menghabiskan mama dgn mama.Adakala berjalan berdua shopin dgn mama seperti bujang-bujang dulu.


Lepas ni,mama tak sunyi lagi ..dia akan ada cucu.Dia dah chop nak jaga cucu..


Sempena hari Ibu ini , i nak ucap terima kasih buat mama yang sentiasa memahami dan menjadi mama yang sgt baik.Membesarkan,mendidik dari dalam perut hingga lahir ke dunia..Dari tidak mengenal apa hingga sudah bergelar Isteri dan bakal bergelar ibu..Tiada ringgit yang dpt menjadi penganti,tiada insan yang mampu menyaingi.Tiada kata yang mampu utk dilafazkan akan kasih syg dan cinta ini untuknya.Hanya kehormatan,kasih sayang,kegembiraan yang dpt diberikan.I love u very much mama ..dunia akhirat.


SELAMAT HARI IBU ....

No comments:

Post a Comment