Nuffnang Ads

Monday, December 21, 2015

Kaulah segalanya

3 Dis 2011 lahirlah seorang puteri yang sungguh comel pada jam 1.35 pagi.Setelah bertarung sakit dari jam 5 petang.Beratnya 4.14 kg.Big baby..mukanya sgt gemuk ( seperti kata Dr.Chai ) doktor yg menjaga mama dari awal kandungan.Betapa mama tidak sabar melihatmu wahai anak.Sungguh ku cinta kamu ketika kamu bermula dalam rahimku..

Ketika kamu dalam kandungan,mama begitu aktif,bekerja hingga tidak tentu mama,kejar assigmnt,shooting sana sini.Ingat satu saat,memandu dikala jam 4 pagi dari Kuala Lumpur ke Port Dickson berseorangan utk bertugas membuat liputan Dato Najib di Kem Tentera,ketika itu kau sudah menjakau usia 6 bulan dlm kandungan.Hujan lebat lepas buat liputan,Mama harung air banjir separas lutut sebab berlaku banjr kilat masa tu.Dengan mengandung dan penat.Mama gagah semula pulang ke KL dlm keadaan mengantuk yg amat sgt setelah kesejukan mengharung banjir.Hampir saja terbabas namun mama harus kuat.Kamu ada dlm perut mama,kamu bersama mama.Jadi mama tidak takut.

Hari ini,Mama tidak boleh merungut kenapa kamu kuat menangis dan sgt sensitif.Kerana semakin mama sarat,mama perlu byk setlekan kerja sebelum bercuti panjang dan mama agak stres.Hari;hari sampai. rumah lewat mengadap kesesakkan jalan dan malam pula bersendirian di rumah kerana ketika itu papa baru memulakan perniagaan restorannya.Mama sering menangis.Mama stres,Mama sering sedih.Hingga suatu hari berlaku perkara yg melukakan,Walaupun mama sudah melupakan dan memaafkan namun parut itu masih tinggal.Kasihan kamu wahai anak,.akibat itu kamu lahir menjadi seorang yg sensitif dan kuat menangis.Namun Allah itu Maha Adil,meskipun kuat menangis,kamu seoarang anak yg begitu bijak,cantik dan sungguh mempesona.Bijak bertutur kata.Adakala tidak menampakkan usia kamu yg baru mencecah 4 tahun itu.

Allah beri ujian pada mama,ketika dalam pantang,papa kemalangan namun mama sgt bersyukur kerana papa terselamat meskipun kereta merempuh penghadang jalan dan remuk teruk.Mama berpantang di rumah dan papa pula dihospital.Ketika itu kamu berusia seminggu.Betapa sukarnya keadaan,mama tidak dpt berjumpa papa.Dan tangan papa patah,kamu didukung papa dgn tangan bersimen.Mama tidak dpt gambarkan keadaan ketika berpantang tanpa papa di sisi.Mama ada kamu,ada atuk dan granny.Mama kuat demi kamu,mama tabah demi mu anak.


Sesungguhnya wahai anak ku,Anna Addina binti Syahrul Azlan Shah,mama sgt mencintaimu,dari mama tahu kamu ada hingga saat mama hilang di dunia..cinta,kasih,syg mama tiada terbilang byknya.Kamulah harta,kamulah nyawa.Allah menguji mama lagi,ketika usia kamu 6 bulan,kamu dimasukkan ke hospital kerana batuk yg teruk dan paru-paru kamu ada kuman.Betapa mama takut ,betapa mama risau.Menangis dan berdoa akan keselamatanmu.Kamu sungguh lemah ketika itu.Susut badanmu,meronta tidak mahu diberi ubat,disuntik dan yg plg merobek hati mama ketika kahak kamu disedut.Sedihnya hati mama.Maafkan mama syg tidak menjagamu dgn baik sehingga kamu mendapat sakit.

Hati mama dirobek ketika kamu merasakan mama tidak sygkan kamu lagi.Mama melahirkan adik,dan kamu perlu bermalam dgn granny,sesungguhnya mama amat risau dan sedih sbb mama tidak pernah tidur mlm tnpa kamu.tidak pernah sepanjang kamu lahir ke dunia.Tuhan aja yang tahu betapa sedihnya,betapa mama merinduimu.

Bila melihat kamu dtg melawat dihospital,mama memeluk erat begitu rindu dan kamu menangis nampak mama dgn adik.Ur so happy to see ur litle sister.Sebb mama selalu bgtau pasal adik pada baby kan.Cuma...mama dpt rasa baby makin rapat dgn granny sejak ada adk.Mama tidak kisah cuma Baby rasa mama dah tak beri perhatian pada baby.Baby selalu ikut granny,taknak balik rumah.taknak tidur dgn mama seolah olah memberontak.

Mama menangis semahu mahunya sewaktu granny nak bawa bby balik rumah dia.masa tu mama dlm pantang,papa jaga.Baby menangis taknak duduk dgn mama.Sebb bby ckp mama dah taknak bawa baby playgorund,jalan;jalan.Mama sgt sgt sgt sedih.Mama meraung macam org hilang anak.Oh Anna Addina,bkn mama tidak sygkan kamu,tetapi mama sakit sbb luka pembedahan yg agak besar.Granny mahu mama berehat dan tumupkan perhatian buat adik yg baru lahir itu.

Bila mama dah baik hampr 3 minggu,demi kamu,mama turun bawa kamu ke playground,bawa berjalan.Demi kamu anak...mama taknak baby rasa mama tak sayang,mama taknak baby rasa perhatian kurang walau sedikit.Tiada beza , tiada kurang,malah lebih perhatian mama dan papa berikan kepada Baby.Papa masa tu ambil hati baby,papa main,papa mandikan,papa suap makan,baby jln dgn papa..mama tgk baby happy sgt malah baby bertambah manja.

Dan kini,3 Dis 2015,Genap usiamu 4 tahun wahai anakku,tiada lain yg mama harapkan,mama dan papa sentiasa mendoakan yg terbaik buatmu.Semoga Anna Addina sentiasa sihat,bijak pandai,panjang usia,dimurahkan rezeki,menjadi anak yang solehah,Mama sentiasa doakan baby bahagia dan berjaya dunia & akhirat.

Happy Birthday sygku Anna Addina,harta dan nyawaku...
Mama cinta kasih rindu kamu sentiasa dan selamanya....









Wednesday, November 11, 2015

touching

**Hidup rasa lebih ceria lebih bahagia semenjak kandungan ini makin bertambah usia..kini 4 bulan lebih.Yang syok apabila perut ku yang sedia buncit ini semakin buncit tapi kali ini buncit berisi jadi I tak rasa pun nak marah ker ..sedih ker ..rasa tak sabar jer tiap kali tengok perut ni ..

Hidup terasa lebih bermakna.Kelmarin buat pregnancy check up dan dengan jelas dpt lihat baby yg semakin membesar itu.I rasa nak nangis tengok reaksi my husband yg sgt gembira tgk baby dia ..jelas terpancar kegembiraan di wajah dia apabila lihat baby kami sedang hisap jari ketika scan dibuat..serta merta my husband terus jer usap jari jemari kaki  I dengan wajah excited dia  ( rasa nak nangis peluk dia kuat-kuat) ''I tau apa yang u rasa sayang ..''**

OMG..seriusly i keep this post lama sungguh.Kalau i post da lama dulu.Jadi kenangan bila baca semula.Kegembiraan ini ketika pregnant ANNA ADDINA yg kini sudah 4thn.
Sekarang sudah ada ADYRA ELSA ARDANI..5 bulan lebih.

Bila baca semula dpt menjiwai saat itu..
terasa dan masih teringat wajah suami ku ketika itu.He soo happy..expecially masa dia spotan usap jari kaki.I really still can feel..how happy he is..

Setiap tulisan kita,menggambarkan perasaan kita.Walau sudah berapa tahun berlalu.Kita akan dapat rasa perasaan semasa kita tulis itu.

Rasa tersentuh sungguh..


Happy Anniversary syg

Kita berjaya harungi 5 tahun pertama..
Fasa yang dikatakan penuh dugaan.Dugaan dalam perhubungan,menyesuaikan diri,perihal anak,kewangan.

Kalau boleh i nak melalui fasa hingga ke akhir hayat,tak kira apa terjadi.Tiada kata seindah kata,

TERIMA KASIH UTK SEGALANYA...
terutama dlm melayan dan memahami diri ini yg tidak sempurna.

Kalau nak gambarkan kata-kata,tidak cukup page utk dikeluarkan kata cinta..

Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah.
Happy 5th Anniversary Syg..
Syahrul Azlan Shah b.Sharil

no words can describe how much i love u..


and i will love u till ends of my life.

Wednesday, October 10, 2012

Bukan saja power tapi free lagi..jimat wehh..

Susu ibu adalah susu yang terbaik.Tiada susu yang dapat tandingi susu ibu.Bila baca entri Hannah Johary pasal dia sanggup buat apa saja untuk memberikan susu badan kepada anaknya sedangkan dia sudah tidak punya susu yang banyak namun dia cekal,dia tabah dia berusaha dan dia tekad untuk berikan anak dia susu ibu tidak kira apa berlaku.

Teringat kisah sewaktu saya melahirkan Anna Addina.Due sudah lebih 3hari masih taknak keluar dari perut sebab syok sangat mamanya asyik makan.Disebabkan,saya sangat kuat makan dan tidak pernah lupa untuk mengambil segala vitamin yang doc berikan,maka lahirlah baby saya yang seberat 4.14kg secara caesaran.Begitu bulat dan semangat macam baby dah 3 bulan masa dia dilahirkan.Syukur alhamdulillah.Sihat segala tubuh badan.Ramai yang sangkakan saya menghidap diabetis/kencing manis kerana ,ramai wanita yang melahirkan bayi beratnya lebih 4 kg adalah dikalangan penghidap penyakit ini namun tidak bagi saya.Sememangnya saya mmg kuat makan sewaktu mengandung.Cuma di awal kehamilan,masa mabuk mabuk tu adalah sikit naik darah tinggi.Itupun sekejap jer.

Berbalik kepada cerita bf ni,setelah melahirkan baby,doc suruh beri susu badan.Sayangnya,menitik air mata saya sebab tidak ada sedikit pun air susu yang mengalir.Susu tak bengkak,takda tanda  kehadiran air susu.Mendengar baby saya menangis lapar menjadikan saya semakin sedih dan kabut.Lebih-lebih lagi dipaksa nurse untuk terus biarkan bayi menghisap hingga keluar susu.Dalam perasaan yang sgt teruja,sangat happy yang amat sangat melihat baby Anna tapi bercampur dengan perasaan sedih sebab tak dapat berikan dia susu sedangkan dia lapar sgt.Stress pun ada sebab nurse paksa jugak wahal baby dah menangis sakan.Sebaknyer rasa.Akhirnya,nurse beri baby susu formula yang ada di hospital menggunakan camca.Kesian sgt tgk baby minum susu sebab lapar,terus dia pun jadi pandai 'menghirup' susu.Disebabkan anak saya lahirnya besar so dia akan hypo apabila tidak cukup makan,kira susu yg nurse bg sikit sebab nak suruh gak bagi susu badan so baby jadi hypo.Bila hypo nurse akan dtg amik darah kat tapak kaki tiap kali.Ya Allah,naluri saya sebagai ibu melihat anak yg kecil itu tiap kali dicucuk nak amik darah sedih tak terkata.Robek hatiku..Saya tak putus asa,menangis peluk baby dan biar dia terus hisap utk keluar susu.Esoknya my mum bawak pil untuk bagi datang susu.So makan pil itu tiap 2 kali sehari.

Lepas dua hari saya keluar hospital dan balik rumah,susu masih takda.Bayangkan,baby menangis lapar.Mak saya pun dah bising ''keturunan kita jenis banyak susu..apasal la awk ni takda susu..pelik sungguh'' bila mak dah kata macam tu,lagi la saya bertambah syahdu,melihat baby yang tembam ni nanti kurus pulak kan..mama dia takda susu.Nanti hypo lagi.Kesian sunggguh.Hari ke3,saya rasa susu macam dah bengkak,dah mula rasa sakit,mungkin ini tindak balas dari pil yg saya makan.Nak tak nak,baby saya sudah diberikan formula milk,guna botol.Satu botol penuh abis dia minum..mmg sangat lapar anak mama.Sampai saya ckp pada diri sendiri''tetek jer besar..apa pun tarak''..Yang jadikan susu saya bengkak tu bukan sahaja dari pil yg dimakan tapi jugak,mak saya sediakan air mandi herba yang panas-panas,Air 'serung' orang tua-tua cakap.Sambil mandi saya urut dada untuk lancarkan aliran mana yang patut.tersumbat ker..Lepas mandi minta husband tolong urutkan belakang dan juga dada.Dalam pada itu,saya tidak henti-henti berdoa kepada Allah,agar berikan rezeki untuk anak saya merasa air susu dari badan ini.

Hari ke-4,awal pagi sewaktu saya sedang dukung makhluk tuhan yang comel itu,saya rasa macam ada titisan yang mengalir di badan..bila saya tengok ada air susu mengalir,saya kejutkan baby terus paksa dia hisap.Syukur sgt-sgt,Allah dengar doa saya.Baby Anna terus menyusu dengan laju dan syoknyer sebab mama dia dah ada susu.Apa lagi dia tidur nenen tidur nenen la.Dalam pantang,mak saya bagi saya makan yang banyak datangkan susu.Orang kata jangan makan yang berasakan kacang sebab angin.Tapi kacanglah yang datangkan banyak susu.So mak saya buat sayur yang kacang-kacang,saya makan kering-kering tapi saya taklah berpantang macam orang yang berpantang sgt.Cuma saya tidak ambil makanan yang bisa atau gatal untuk luka.Itu jer,Saya minum jeli gamat untuk sembuhkan luka dalaman dan jahitan.Lagipun,moden skang,luka bukan jahit ada benang-benang lagi.skang jenis gam jer..

Dalam masa berpantang nak habis,saya pun bersemangat la nak pam susu untuk bekalan pergi kerja nanti.Tapi menghampakan,bila pam jer susu tak dapat banyak.Ikut botol yg kecil tu adalah suku jer dapat..So saya tak dapat langsung nak buat simpanan.Baby pun asyik gantung jer.Mak saya kata,lau dah takda susu nak kerja nanti bagi jer susu formula senang.Saya pun jenis yang tak kuat semangat jadi saya pun beli la susu formula untuk diberi kepada baby..sebab saya sangkakan susu dah tak ada.Tapi baby saya pandai dia taknak langsung susu formula selepas dah dapat susu original.Puas bagi mmg dia taknak,dia muntahkan semula dan dia mmg taknak guna puting botol langsung dah pulak.Masa susu mama takda dulu,boleh jer baby minum kan..skang dah pandai demand..hehe

Lepas abis pantang,saya sempat bekerja beberapa hari sahaja ,itupun siap bawak baby pergi opis hari ke-2 kerja sebab baby nak nenen.Akhirnya saya amik keputusan untuk sambung bercuti tanpa gaji selama sebulan untuk biasakan anak saya dengan botol. Dalam pada tu,saya beli pil asi untuk tambah susu ( my auntie sugest beli pil asi  kalau tak..tak tahu langsung pasal pil ni ).Seriusly,pil ni mmg membantu untuk menghasilkan banyak susu..Dengan adanya susu yg banyak,baby Anna pun semakin suka la utk bergantungan dgn mama dia.Tak leh berenggang langsung..hingga kini dia telah berusia 10 bulan dan saya akhirnya tidak langsung bekerja kerana anak kecil ini tidak mahu langsung botol.Susu perahan yg saya buat stok byk dlm peti hanya dijadikan hiasan peti sahaja.Berpuluh puting telah ditukar,try bagi dlm cawan dan sudukan pun dia taknak.Semestinya pilihan Anna hanya yg original..Dia baby yg sgt pintar..Inilah pengorbanan mama syg..i will do everthing for u.Mama duduk rumah jaga Anna.Anna dpt nenen sepuas puasnya sesuka hati.Kita bangun tidur lewat ..golek-golek atas katil..Anna pun syok dpt gantungggg jer..dan my husband pun reda dgn kerenah anak kecil yang sgt comel ini..''Takpelah mama..besarkan dulu anak..at least biarlah Anna dibesarkan oleh tangan mama sendiri.Ini yang terbaik.Ada rezeki nanti ..Anak dah besar nanti mama kerja la semula sebab papa faham mama mmg sygkan kerjaya mama tapi kali ni mama buat demi anak'' Rasa sebak gler..itulah suami tercinta saya. Hingga kini, saya tidak pernah berdiet.Memang saya kuat makan dan alasan anak nak menyusu lagilah menjadikan saya semakin kuat makan ( ni alasan semata mata okey )..sebab saya mmg suka mkn.Kali ini juga mama berkorban syg..demi mu wahai anak..biarlah org tegur mama tak kurus pun lepas pantang..asalkan susu mama sentiasa banyak untuk Anna.Mama takkan biarkan anak mama lapar..dan sekali lagi wahai suami kerana memahami..Saya stress pasal ada yang tegur pasal berat badan dan saya nekad nak berdiet tapi my husband said '' Kalau anak dah besar nanti,u nak berdiet..dietlah..skang ni fikir pasal anak.Biarlah apa orang nak kata..bukan orang tu yang bagi u makan.Janji u sihat dan anak sihat.Itu sudah cukup buat i bahagia''..Kini..tidak lai menggunakan kuasa magic pil asi,sebab susu saya semakin hari semakin banyak dan melimpah ruah ( ceh over! )..Alhamdulillah..rezeki Anna Addina.

So..inilah kuasa susu ibu..anak saya terlalu rapat dengan saya kerana susu ibu. Saya juga manja dan rapat sgt dengan mak saya..kerana susu ibu..begitu juga suami saya yang rapat dengan ibunya kerana susu ibu.Saya menyusu badan sehingga berusia 3 tahun..begitu juga suami saya..dan baby Anna?? hurmm mama rasa Anna pun sama mcm mama dan papa.Sesungguhnya susu ibu mmg power..Baby rapat dengan ibu,badan dan tulang baby jadi kuat juga antibodi yang baik.Yang pentinggg..mmg jimat..susu ibu kan free..Tq Allah.


Monday, October 8, 2012

Kehidupan baru

Dalam minggu ini saya asyik terfikir akan blog ini yang menyepi tanpa sebarag penulisan.Dahulu saya begitu bersemangat untuk menulis setiap cerita sedih,cerita gembira yang berlaku dalam hidup ini.Namun,biasalah hangat-hangat tahi ayam kan,dulu bersemnagt nak bercerita tentang perkahwinan sebab masa tu sibuk nak kawin dan membuat persiapan.Bila dah kawin dah sibuk bagai so babai la engkau wahai blog.Lepas itu,sudah tentulah perkara yang begitu mengembirakan apabila diri ini mengandung..so dengan semangat waja dan bercita-cita tinggi untuk memberi penulisan yang terbaik untuk dijadikan memori daun pisang sepanjang pregnancy,kononnya..Akhirnya terbengkalai jua kerana beberapa sebab tertentu yang saya sendiri tidak pasti..(malas sebenarnya..semua pun separuh jalan).

Memang betul,blog sebenarnya mampu membuatkan kita mahir dalam bentuk penulisan dan juga mampu menjana idea dan mencedaskan minda,kerana apabila kita menulis kita akan menggunakan minda dan berfikir,memerah otak nak ingat kembali jalan cerita kisah hidup kita yang kita nak tulis tu. So secara tidak langsung memang dapat membaiki tahap penulisan kita.Lagi satu,blog ni sebenarnya boleh dijadikan tempat untuk kita meluahkan emosi,bila kita sedih kita dah dah tak tahu dah nak cerita kat sapa kan..dah takda nak sharing si caring so kita tulis la apa yang buatkan kita sedih tu so sekurang kurangnya,kesedihan itu akan hilang sedikit dan boleh buat rasa lega ( sambil taip tu penuh emosi kan tekan keypad kuat kuat dengan air mata air hingus meleleh pasti la peulisan anda berjaya menjadi sebuah novel terulung dan mana tau dapat dijadikan filem kan..mana tau hik hik ).

Setelah melahirkan anak,saya tidak lagi bekerja dan hidup saya tidak lagi dihadapan komputer menaip skrip berita,dokumentari mall tidak sempat untuk membaca  blog kesukaan dan apa sahaja berkaitan dunia cyber ini..hinggakan baru-baru apabila saya menghadiri satu temuduga yang perlukan saya membuat beberapa berita,serius..otak dan tangan tidak berfungsi secergas dulu..saya macam kaku dan agak blur..cukup lama untuk menyiapkan beberapa skrip berita yang ringkas ini ..ohhh sungguh dan memang saya sgt suri rumah dan mak2..Hampir setahun saya tidak bekerja.Meninggalkan dunia media yang sangat saya cintai..chewahh ayat..

 Saat dan ketika ini saya begitu semangat untuk menyiapkan sebuah entri sebagai mukadimah yang saya akan kembali ( anggap jer la blog saya ni glam abis hahaha ) untuk membaiki tahap penulisan saya yang semakin hari semakin lemah dan saya memerlukan semangat baru lebih lebih lagi saya akan bertugas sebagai DJ partime selepas ini yang memerlukan idea untuk saya bicara bualkan,kongsikan dengan pendengar.

Dan sesungguhnya,memang seronok apabila dapat menaip semula.Sangat seronok.Tiba-tiba saya rasa fresh,rasa sexy ( walau takda kene mengena ) dan rasa macam hidup semula..;-)

Tuesday, September 27, 2011

Terluka

Pernahkan diri anda dilukai oleh insan yang bernama lelaki ? Adakah insan yang bernama lelaki ini wujud di hati wanita untuk melukakan hati mereka?Apabila anda terluka dengan insan bernama lelaki ini..apakah yang anda lakukan untuk mengubatinya?

Sesungguhnya apabila seorang wanita itu mencintai insan yang bernama lelaki.Maka setiap kesalahan yang dilakukan kepadanya hingga melukakan hatinya,wanita itu hanya mampu menangis.Menangis menjadi ubat mujarab untuk melegakan perasaan yang hancur luluh yang teluka.Namun sampai bila wanita harus menangis tiap kali dilukakan..


Bagi lelaki,luka itu akan pergi setelah masa berlalu dan segala apa yang terjadi akan dilupakan.Ya ..memang mudah untuk berkata-kata namun hati dan perasaan bukan seperti luka fizikal yang dapat dirawat dengan bantuan ubat-ubatan.Kering dan pulih semula mengikut masa dan keadaan ..Kisah hati mengambil masa,meskipun dapat dirawat namun untuk melupakan tidak akan dapat dilakukan.


Namun terluka mana seorang wanita itu,ia sedia memaafkan insan yang disayanginya itu tanpa balasan dendam yang mendalam meskipun luka di hatinya itu sangat mendalam.Kerana itulah wanita boleh merampas hak orang lain dan sudi memaafkan segala tindak tanduk salah yang lelaki lakukan.Semuanya kerana cinta ? Cinta memang banyak melukakan ..tapi tidak cinta kepada Allah.

Thursday, September 8, 2011

Excited Mom To be

Syukur Alhamdulillah kini kandungan I telah menjejak ke trimester akhir .
Semakin excited nak menimang cahaya mata semakin berdebar debar perasaan nak mengalami sakit bersalin.Doa dipermudahkan segala urusan.


Sewaktu buat scan sebulan yang lalu ..baby menyorokan status dirinya.Nak bagi surpprise la tu..ke anak mama ni malu-malu meow ..hehe so beberapa hari yang sudah I ke klinik seperti biasa untuk buat check up sbb bila da masuk ke bulan akhir ini kita kene lebih kerap berhubung dgn Doktor untuk pastikan diri si Ibu dan kandungannya berada dlm keadaan yang baik.Alhamdulillah,darah tinggi yang menimpa diri sewaktu awal pregnancy kini tiada lagi .Darah normal ,dan kawalan berat badan juga baik.I mmg amat risau akan kenaikan berat badan yang melampau tapi since perut semakin membesar selera makan saya berkurangan namun ia tidak menjejaskan baby sebab I masih mengutamakan makanan yang sihat  dan yang paling kelakar berat turun selepas raya hehehe tidak pernah I mengalami perkara seperti ini. So berbalik kepada baby ..hehe insyallah .. it is a adorable litle girl ..love u very much baby.


Yang paling syok skarang ni my hubby tiap-tiap hari akan cium perut i dan bercakap dengan baby ..moment yang sgt indah .Baby pun sgt aktiv .,.letak headfon bagi dengar alunan ayat al-Quran,muzik melayu klasik,oldies song ..bukan main lagi rancak dia berdondang sayang dlm perut mama ni ..


Naluri seorang ibu semakin kuat dan I sendiri sentiasa berdoa dan berharap dpt menjalani hari-hari mendatang dengan penuh tabah dan bersedia fizikal dan mental untul menjadi seorang Ibu dan Isteri yang terbaik buat keluarga kecil kami ..Insyaallah ..amin amin amin ..