Nuffnang Ads

Tuesday, September 27, 2011

Terluka

Pernahkan diri anda dilukai oleh insan yang bernama lelaki ? Adakah insan yang bernama lelaki ini wujud di hati wanita untuk melukakan hati mereka?Apabila anda terluka dengan insan bernama lelaki ini..apakah yang anda lakukan untuk mengubatinya?

Sesungguhnya apabila seorang wanita itu mencintai insan yang bernama lelaki.Maka setiap kesalahan yang dilakukan kepadanya hingga melukakan hatinya,wanita itu hanya mampu menangis.Menangis menjadi ubat mujarab untuk melegakan perasaan yang hancur luluh yang teluka.Namun sampai bila wanita harus menangis tiap kali dilukakan..


Bagi lelaki,luka itu akan pergi setelah masa berlalu dan segala apa yang terjadi akan dilupakan.Ya ..memang mudah untuk berkata-kata namun hati dan perasaan bukan seperti luka fizikal yang dapat dirawat dengan bantuan ubat-ubatan.Kering dan pulih semula mengikut masa dan keadaan ..Kisah hati mengambil masa,meskipun dapat dirawat namun untuk melupakan tidak akan dapat dilakukan.


Namun terluka mana seorang wanita itu,ia sedia memaafkan insan yang disayanginya itu tanpa balasan dendam yang mendalam meskipun luka di hatinya itu sangat mendalam.Kerana itulah wanita boleh merampas hak orang lain dan sudi memaafkan segala tindak tanduk salah yang lelaki lakukan.Semuanya kerana cinta ? Cinta memang banyak melukakan ..tapi tidak cinta kepada Allah.

No comments:

Post a Comment