Nuffnang Ads

Tuesday, April 6, 2010

Persoalan Sebelum Berkahwin

ADA banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan dalam hubungan sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan kita.. Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata.


Perlukah mendapatkan pandangan orang sebelum sepakat untuk mendirikan rumah tangga?
Pasti ramai yang buat macam tu,minta pandangan ibu bapa,adik beradik,kwn-kwn..pastu tanya ''ko rasa kalau aku kawin dgn dia ni ok ke?'' ''ko rasa dia macamana''? Saya  tak suka nak tanya bagaimana si dia saya..sebab saya yang bercinta dnegan dia..jadik saya tau la macamana yayan saya..saya nak berkahwin dengan dia pasti saya mengenali dia terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkahwin...( bukan senang )pandangan ibu bapa ..itu saja yang perlu buat saya ( sebab saya anak tunggal )

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing ( barulah namanya berkahwin...itu org kata berkahwin ini satu perjudian..kalau ko nak indah jer memanjang..so ko couple jer lah sampai bila-bila pastu contro je la nak nampak semua indah..buat apa nak 'plastik' utk perkahwinan )


Beberapa persoalan yang  mungkin boleh dijadikan pertimbangan.


Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Saya anak manja,,saya anak emas..saya sgt 'cenge'..saya ratu air mata,saya sensitif..itu yg mama saya selalu ckp pasal saya.Saya sgt sgt sgt rapat dgn mereka kerana mereka adalah harta saya..terlalu byk pengalaman masa kecik yang sgt berharga..saya membesar dgn baik..normal spt kanak-kanak lain..saya tidak akan tidur di rumah sesiapa pun tanpa mama dan abah walaupun ia rumah atuk dan opah..


Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?
Saya tidak pasti...tapi saya takut kalau dpt mak mentua yg garang.suka marah tak tentu pasal..saya bukan pilihan dia.sebab saya tak nak kisah yang terjadi pada mama berlaku pada diri saya..jika demikian saya rela tidak kawin atau pilih calon suami yg anak yatim piatu heee:p giler jahat!! tapi bakal ibu mentua saya ini alhamdulillah..memberi respon yang baik dan layan saya dgn sgt baik...


Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?
Banyak perkara yang menyedihkan berlaku dlm keluarga besar saya..keluarga besar saya adalah terdiri daripada atuk opah,mak saudara,pak saudara ( adik beradik mama ) dan adik-adik yang amat saya sayangi ( sepupu )..bercerai berai,kawin lain,dan sering selisih faham...saya takut.tapi mama dan abah amat menyayangi antara satu sama lain,mengambil berat,penyayang..tapi pertengkaran kecil sering berlaku... ( ia semuanya berpunca daripada beberapa kisah yg amat menyayat hati..hati saya juga terluka ketika itu sebagaimana mama melukakan hati abah..dan abah membalas dgn melukai hati mama juga ) adakah ia adil??ia sedikit sebanyak memberi kesan kpd cinta saya....

 
Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?
Semua pun harus ada iman...tapi saya bukanlah mempunyai pegangan agama yang sgt kuat..cuma saya yakin manusia boleh berubah..hati nak semua boleh jadi.


Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?
Kami sama-sama berpelajaran...ada kelebihan masing-masing...bidang kami berbeza...tapi yayan saya lebih brilian dari saya...dan saya tidak kisah kerana ia sgt baik utk tugas dia selaku ketua keluarga nanti...


Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.
Hahahah mmg berbeza terutama bahasa negeri masing-masing...dia cuba berlajar beberapa bahasa fmly saya dan saya juga belajar bahasa JAWA..cuba ckp dgn saya...''waras...??'' pastilah waras hahahahha:P dan berbeza dari segi masakan...namanya satu 'gulai tempoyak' rasanya sgt berbeza.....heeeee:P yg penting saya dah jadik pengemar kpd daging dendeng,sambal goreng.....walap.....yummy sungguh!! yayan saya juga dah pandai mkn gulai tempoyak!! horeyyyy boleh la saya masak gulai tempoyak hari-hari..


Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?
eh-eh saya dah jawap kat atas tadi...mmg dia lebih pintar dari saya dlm sesetengah perkara dan sesetengah keadaan...dan saya juga lebih pintar dari dia dlm perkara tertentu dan keadaan tertentu..senang kata kami ni mmg pandai-pandai belaka hahah :p nak iri hati??? mmg saya jelaous dgn yayan saya sbb semua org sgt suker dgn dia...( lebih-lebih peremppuan xkira tua muda )


Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?
mereka semua sukakan yayan saya dan mereka kata kalau yayan sia sia kan saya mereka akan tembak dia...dan ibu mentua ( chewah ibu mentua dah!! ) saya pula kata''kalau ko buat hal..aku parang kepala ko ,badan ko!!'' hahahha amik ko...so far yg boleh saya katakan adalah..mak mentua saya mcm mak saya..dia sporting...dia suka masak utk saya dan suka suruh saya mkn...walaupun dia suruh saya diet...


Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?
Itu sudah pasti...sekarang juga telah membincangkan pelbagai isu kewangan...kami menabung utk masa depan


Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?
hahaha :p yayan saya mahukan anak yg seramai mungkin selagi saya boleh mengandung...saya anak tunggal jadi saya memerlukan keluarga yang besar utk memeriahkan rumah saya ( mesti mama dan abah seronok!! ) dan yayan saya sgt particular mengenai kewangan keluarga utk membesarkan anak-anak...syg sgt bagus..yang penting...kami xmo tetapkan apa anak kami nak jadik...yg penting mereka minat dan tahu apa yg mereka lakukan


Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.
tunggu selepas mencuba ahhahahah:p

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?
Saya nak tinggal dgn mama...saya ckp dgn mama nak tinggal dgn dia sampai bila-bila pastu mama ckp ''kalau dah ada suami..lebih baik tinggal dgn suami di rumah sendiri...jaga mkn minum suami..'' oh??mama kenapa mama xnak anak mama dah ker???saya kene masak??hurmmmmmm saya tetap akan balik umah mak saya bila2 masa yg saya nak...boleh kan syg?? rumah kami di bukit jalil..apartment..mak mentua saya yg suh tinggal sana...itu rumah yg dia beli heeeeeee:p saya suker..

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?
saya sgt suka budak-budak..suka baby sebb saya boleh buli dorang agagag ...so saya sedia ker tak????????erk bolehkah saya bgn tgh mlm utk menyusukan anak atau menukar diapers bby saya?


p/s :saya sgt x sabar nak kawin









No comments:

Post a Comment