Nuffnang Ads

Wednesday, March 2, 2011

Cinta Itu Perlu

Mana mungkin dalam sesebuah perkahwinan tiada perasaan cinta kan ?  even anda dijodohkan oleh ibu bapa pun cinta tetap akan wujud sungguhpun ia mengambil masa berbulan atau mungkin bertahun. Inikan pula yang sudah berkenalan lama,bermula sebagai kawan atau istilah artis 'teman tapi mesra' seterusnya kepada pasangan kekasih yang mengikat jambatan pertunangan yang kemudiannya disatukan secara halal dengan ikatan perkahwinan. Perkahwinan mmg indah.Saat anda menjadi pengantin .. diraikan dan disatukan dlm majlis yang penuh meriah dan gilang gemilang ( kalau yg kaya raya ia jadi gilang gemilang ) .


Masih terasa lagi kepenatan sewaktu melayan tetamu di majlis persandingan .. masih lagi terasa basah di pipi ini saat di ijabkabulkan .. impian menjadi kenyataan.Doa di makbulkan.Teringat sewaktu shopin menyopin pelbagai barangan utk persiapan hari bahgia.Sungguh indah ..penat mcmana tetap bersungguh nak buat persiapan.Walau tiada masa tetap cari masa.Jadi bila segala sungguh sungguh penat lelah itu telah pun kita lalui .. kita harus sayangi ikatan yang dibina walau apa jua badai menimpa.


Cinta bukan semata mata diperlukan dlm perkahwinan tetapi kesabaran paling perlu ..kesetiaan amat penting dan kejujuran itu yang akan mempertahankan sesebuah perkahwinan hingga ke akhir hayat ..Sungguh pun segala ketentuan semua di tangan Tuhan..tetapi sebaia manusia kita harus berusaha. Teringat kata-kata suami i masa dia tgh bercinta sakan dgn i ..'' Memang la jodoh pertermuan di tangan Tuhan ..tapi kalau diri sendiri taknak berusaha ...Tuhan pun segan nak bantu '' Sebab kami berusaha utk ke arah ini maka kami telah disatukan pun menjadi suami isteri.


Walaupun masih baru di alam perkahwinan ,..tetapi bak kata Hannah Johary,husband is juz like a box of chocolate .. everyday is surprise .. hehehe mmg benar! anda akan lebih kenal suami anda setelah anda berkahwin dengannya.Hampir 4 bulan melayari rumah tangga .. Baru i sedar ..suami i susah nak tido malam ..hahah burung hantu rupanya ..lagi satu yang benar benar i sedar ... dia sgt mempunyai naluri kebapaan ..dan juga sgt baik membantu adik beradik yang lain..rupanya juga dia rajin membantu ibunya di dapur. Such a very lovely husband. Dia sgt cute .Setelah tinggal bersama utk 4 bulan lamanya heheh mcm-mcm I kenal dia .. tapi tang yang mmg pandai masak tu  ..dah lama. .. i sgt suka bila husband i masak western ..he such a very good in that cook .. i love ur food bebeh .. n love u very much.


Takut dan kasihan mendengar cerita penceraian dan perpisahan.Jika itu adalah perpisahan azali@ bercerai mati  .. Ajal maut di tangan Tuhan dan kita harus pasrah. Macamana dengan bercerai hidup ? kalau kerana orang ketiga bagaimana nak menangani dengan kesabaran ? kalau kerana kesempitan wang bagaimana hendak menangani dengan kesabaran ? Jika sudah tidak sehaluan bagaimana nak sabar lagi ? Hurm .. sebab itu dalam perkahwinan.. pergorbanan juga penting ..sgt penting.


Yang paling best dah kawin ni ..bila merajuk ,sesi pujuk memujuk lebih bermakna :-)

No comments:

Post a Comment