Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2011

Gemuk Suda

Gemuk ... isu itu memang sensitif.Bukan utk semua orang tetapi untuk orang yang mempunyai masalah berat badan seperti saya.
Semasa zaman kolej, Saya bernasib baik kerana berat badan masih di tahap ideal dan sempat juga la bergedik dan menjadi antara yang hot kan..katanya.Masih boleh menyarung pakaian yang cantik dan seksi.Masih boleh bersenang lenang keluar bersantai bersama teman dengan mini skirt dan adakala baju tanpa lengan gitu.Masih teringat dapat shoping dengan gembira pakaian yang cantik cantik dan dapat pula bertukar-tukar dengan teman-teman.Rasa next top model sangat dah masa tu.

Dan masa itu juga lah kekasih hati yang kini bergelar suami mengorat saya dengan jayanya.Hehehe.Mendapat boyfriend yang suka makan dan pandai pula memasak adalah satu cabaran buat saya.Sebabnya,tanpa dia sedari yang saya selalu skip utk makan dan sering diet mendiet bagi mengekalkan berat badan yang idea.Bukan setakat saya menyekat apa yang dimakan malah saya turut mengambil pil pelangsingan bagi membantu masalah berat badan yang saya hadapi.Yess memang berkesan kerana saya bukan sahaja tidak merasa lapar malah saya rasa aktif dan rasa cantik jer ..sedangkan pada hakikatnya saya berasa cemburu kepada kawan-kawan yang boleh menikmatai makanan dengan sewenang-wenangnya tanpa risaukan berat badan mereka. Tapi , boyfriend saya sangat baik hati dan memahami.. dia kesian bila tengok saya tak nak makan dan dia kata tak seronok bila saya tak makan dengan dia.Takda kawan la kan nak merasa dan enjoy food tu.Jadi saya dengan hati yang risau tetapi memang rasa gembira untuk tidak berdiet sudah mula mengorder makanan apabila kami berdating.Agenda dating kami selain,berjalan di taman,berbasikal,main basketball,lepak-lepak kosong pastinya makanan menjadi agenda utama.Saya terasa bahagia dan tidak risau lagi akan berat badan.Setiap kali keluar pasti ada saja tempat baru yang akan dia bawa saya makan.Sangat enjoy!! Sangat bunga-bunga cinta.

Tamat belajar,dan saya perlu menjalani latihan industri @ practical di sebuat stesen televisyen yang terkemuka .. NTV7 ,memerlukan penambilan yang sentiasa kemas,cantik dan anggun.Bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran yang memerlukan saya keluar di kaca tv sering kali menjadi kebimbangan kepada saya.Sebab bila kat TV kita akan kelihatan dua kali ganda lebih besar tau.Ketika ini berat badan saya sudah mula naik sedikit demi sedikit.Walaupun tugas banyak dan penat tapi ia tidak membantu berat badan saya untuk kurang tetapi makin naik.Semakin saya tertekan,semakin banyak saya makan dan semakin itu berat badan saya bertambah..Hinggakan bos di sana meminta saya kurangkan sedikit berat badan kerana kemungkinan besar saya akan menjalani mockrun iaitu latihan sebelum menjadi pembaca berita.

Rezeki saya di NTV7 tidak lama kerana selepas itu,saya mendapat pekerjaan di sebuah stesen TV MAYA yang mengantikan TV PENDIDIKAN dikenali sebagai EDUWEBTV. Saya bukan sahaja bertugas sebagai wartawan penyiaran tetapi juga sebagai pembaca berita dan pengacara mengantikan Wardina Safiya.. hurmmm... ketika itu berat saya adalah turun sedikit sebab kene berdiet nak jaga penampilan tapi kejap naik kejap turun tak konsisten langsung diet.

Setelah itu,apa yang saya dapat setelah 3 tahun lamanya ... sob sob hu hu .. tidak berjaya langsung slimkan badan seperti dahulu kala .. apa yang lagi menyedihkan ..ketika bertunang dan melangsungkan perkahwinan saya tidak berjaya langsung kuruskan badan.So angan-angan untuk memakai pakaian dress yang langsing terus saya lupakan.Saya pergi kepada yang mana dapat menyembunyikan kelemahan itu dan menampakkan saya juga cantik dengan berbadan gebu.( taknak sebut gemuk tu !)

So kini saya berazam dengan bersungguh-sungguh,untuk kuruskan badan ke berat badan yang ideal yang sesuai dengan ketinggian saya iaitu, 60-64 kilogram.Sesuai dengan ketinggian 167 CM,selepas melahirkan anak.Saya nak berpantang dengan baik.Bukan mahu cantik semata-mata tetapi penting untuk kesihatan.Sebab saya dah takut,sejak saya berbadan gebus ini ,pelbagai penyakit datang.Saya hampir mendapat darah tinggi.Dan dengan keadaan yang sedang berbadan dua ini ,saya risau dengan setiap pertambahan berat yang memungkinkan pelbagai penyakit lain mengundang.Doa dielakkan.Pekerjaaan saya juga menuntut saya sentiasa untuk berpenampilan menarik dan apa yang paling penting,mestilah saya ingin kelihatan menarik buat suami yang tercinta.Biar pun dia tidak pernah sekali merunggut,marah,bising atau menegur akan bentuk badan saya tetapi saya tetap ingin mengubah keadaan ini untuk dia.Suami saya sebenarnya suka dengan badan saya yang gebus sebab katanya ..tak lah saya gedik-gedik lagi dan tak boleh pakai baju seksi.Hehehe:p

Next entry nanti I tampelkan gambar-gambar di zaman kegemilangan dan gelap hehe:p


No comments:

Post a Comment