Nuffnang Ads

Monday, October 8, 2012

Kehidupan baru

Dalam minggu ini saya asyik terfikir akan blog ini yang menyepi tanpa sebarag penulisan.Dahulu saya begitu bersemangat untuk menulis setiap cerita sedih,cerita gembira yang berlaku dalam hidup ini.Namun,biasalah hangat-hangat tahi ayam kan,dulu bersemnagt nak bercerita tentang perkahwinan sebab masa tu sibuk nak kawin dan membuat persiapan.Bila dah kawin dah sibuk bagai so babai la engkau wahai blog.Lepas itu,sudah tentulah perkara yang begitu mengembirakan apabila diri ini mengandung..so dengan semangat waja dan bercita-cita tinggi untuk memberi penulisan yang terbaik untuk dijadikan memori daun pisang sepanjang pregnancy,kononnya..Akhirnya terbengkalai jua kerana beberapa sebab tertentu yang saya sendiri tidak pasti..(malas sebenarnya..semua pun separuh jalan).

Memang betul,blog sebenarnya mampu membuatkan kita mahir dalam bentuk penulisan dan juga mampu menjana idea dan mencedaskan minda,kerana apabila kita menulis kita akan menggunakan minda dan berfikir,memerah otak nak ingat kembali jalan cerita kisah hidup kita yang kita nak tulis tu. So secara tidak langsung memang dapat membaiki tahap penulisan kita.Lagi satu,blog ni sebenarnya boleh dijadikan tempat untuk kita meluahkan emosi,bila kita sedih kita dah dah tak tahu dah nak cerita kat sapa kan..dah takda nak sharing si caring so kita tulis la apa yang buatkan kita sedih tu so sekurang kurangnya,kesedihan itu akan hilang sedikit dan boleh buat rasa lega ( sambil taip tu penuh emosi kan tekan keypad kuat kuat dengan air mata air hingus meleleh pasti la peulisan anda berjaya menjadi sebuah novel terulung dan mana tau dapat dijadikan filem kan..mana tau hik hik ).

Setelah melahirkan anak,saya tidak lagi bekerja dan hidup saya tidak lagi dihadapan komputer menaip skrip berita,dokumentari mall tidak sempat untuk membaca  blog kesukaan dan apa sahaja berkaitan dunia cyber ini..hinggakan baru-baru apabila saya menghadiri satu temuduga yang perlukan saya membuat beberapa berita,serius..otak dan tangan tidak berfungsi secergas dulu..saya macam kaku dan agak blur..cukup lama untuk menyiapkan beberapa skrip berita yang ringkas ini ..ohhh sungguh dan memang saya sgt suri rumah dan mak2..Hampir setahun saya tidak bekerja.Meninggalkan dunia media yang sangat saya cintai..chewahh ayat..

 Saat dan ketika ini saya begitu semangat untuk menyiapkan sebuah entri sebagai mukadimah yang saya akan kembali ( anggap jer la blog saya ni glam abis hahaha ) untuk membaiki tahap penulisan saya yang semakin hari semakin lemah dan saya memerlukan semangat baru lebih lebih lagi saya akan bertugas sebagai DJ partime selepas ini yang memerlukan idea untuk saya bicara bualkan,kongsikan dengan pendengar.

Dan sesungguhnya,memang seronok apabila dapat menaip semula.Sangat seronok.Tiba-tiba saya rasa fresh,rasa sexy ( walau takda kene mengena ) dan rasa macam hidup semula..;-)

1 comment:

  1. dear, akhirnye ade jugak entri setelah sekian lame..;) hehe.selamat berblogging semule..!;D

    ReplyDelete